Cukai prabayar telefon bimbit naik 6 peratus

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun,  tetapi cukai perkhidmatan bagi  tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dinaikkan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60,  dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.

Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan  syarikat telekomunikasi Malaysia.

Para pelanggan juga disaran  merujuk laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20019

Posted by on Sep 8 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE