Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib dihentikan

(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 27 Julai: Semakan ke atas perbelanjaan luar perancangan dan belanja tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri berjumlah RM11.8 bilion mengatasi jumlah cukai eksais dan cukai import yang dikenakan ke atas kereta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu meliputi tiga kategori iaitu perbelanjaan di luar perancangan, peningkatan belanja mengurus Jabatan Perdana Menteri(JPM) dan peningkatan belanja pembangunan JPM.

“Contoh perbelanjaan di luar perancangan oleh Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 blion), Bantuan Kembali Ke Sekolah (RM530juta) dan Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta).

“Begitu juga pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia, serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang jelajah Janji Ditepati yang dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, sejak Najib menjadi PM pada 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh JPM juga naik mendadak.

“Secara puratanya dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012, perbelanjaan mengurus JPM telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RM4.6 bilion,” jelas Rafizi.

“Sebab itu KEADILAN yakin, rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan PM dihentikan,” katanya.

Tambah Rafizi, jumlah ini tidak termasuk pengumuman segera yang dibuat Najib di setiap kawasan yang dilawatinya, sepanjang jelajah Janji Ditepati.

“Ada tempat yang sepatutnya untuk mengagihkan duit ini kepada rakyat. Bukannya mengumumkan peruntukan segera dengan menggunakan program Janji Ditepati, seolah-olah duit ini, duit mereka,” tegas Rafizi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais yang diganti dengan sumber pendapatan baru akan diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mekanisme ini akan diumumkan Datuk Seri minggu depan sekembalinya beliau dari ibadah umrah,” kata Rafizi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33538

Posted by on Jul 27 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google