Cukai minuman bergula dibawa ke Kabinet

Cadangan cukai ke atas minuman bergula akan dibawa dalam mesyuarat kabinet akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, perkara itu adalah antara 12 dasar ke arah hidup sihat yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya di Putrajaya hari ini.

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata ia adalah usaha kerajaan untuk memupuk budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit di kalangan rakyat.

“Cukai ini belum diperincikan, kita nak bawa ke kabinet dan menteri kewangan akan memperhalusinya.

“Hasil cukai mungkin dimasukkan ke dalam dana Kumpulan Wang Disatukan,” beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri wakil 12 kementerian.

Cukai ke atas minuman bergula ini mula menjadi perbualan apabila ia dibangkitkan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Cadangan itu kemudian disambut baik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72500

Posted by on Nov 1 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE