Cukuplah guna isu perkauman dan agama – Dr M

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menggesa agar isu perkauman dan agama tidak terus digunakan demi kepentingan politik. 

Tanpa merujuk secara langsung, beliau dipercayai menujukan gesaan itu kepada Umno dan PAS yang kini bekerjasama secara politik dan cuba menonjolkan Pakatam Harapan sebagai sebuah kerajaan yang tidak peduli terhadap Islam dan kepentingan Melayu.

“Atas sebab ini, mereka bergabung dan dasar yang mereka pegang ialah untuk kononnya mempertahankan Raja-Raja Melayu, kedudukan orang Melayu dan kedaulatan Islam.  

“Tidak cukup dengan itu, kita juga dituduh mahu melupuskan sistem beraja.

“Pesanan saya, cukup-cukuplah menggunakan isu perkauman dan agama untuk kepentingan politik,” katanya ketika berucap sempena Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini. 

Katanya, perjuangan kononnya mempertahankan Melayu dan Islam itu didalangi oleh ‘perompak’ yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, yang mengharapkan kerajaan supaya kerajaan Harapan ‘jatuh’ seterusnya tidak perlu bertanggungjawab keatas proses undang-undang yang dihadapi mereka. 

“Apabila ini tercapai, hari ini PAS menyeru penyokongnya untuk bersama dengan Umno untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

“Di manakah mereka ketika pemimpin Umno mencuri dan menjarah harta negara menerusi 1MDB, Tabung Haji dan Felda serta lain-lain institusi Kerajaan seperti KWAP dan EPF?,” soalnya.

Justeru Mahathir berkata, amat hairan bagaimana Pas dan Umno boleh bekerjasama meskipun parti Melayu itu dikafirkan menerusi Amanat Hadi 1981, yang tidak pernah ditarik balik sehingga hari ini. 

“Kerana itu bertahun-tahun lamanya sehinggalah ke PRU14 orang Melayu yang percaya kepada Pas tidak akan mengundi Umno walaupun di kerusi yang PAS tidak bertanding. Mereka lebih rela mengundi DAP, KEADILAN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan mana-mana parti pimpinan orang Islam ataupun tidak, asalkan bukan Umno.

“UMNO pula ditolak oleh rakyat pada PRU14 kerana mereka telah dipimpin oleh seorang kleptokrat dan bertanggungjawab membenar penjarahan secara besar-besaran dilakukan terhadap institusi Melayu dan Islam seperti Tabung Haji, Felda, Mara dan sebagainya,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73448

Posted by on May 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE