Daim: Anwar ada kekuatan tersendiri

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai ketokohan tersendiri untuk mengambil alih jawatan perdana menteri Malaysia.

Keyakinan beliau itu katanya menghapuskan cakap-cakap orang tentang dakwaan usaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menyandang jawatan itu – bagi menyegerakan peralihan kuasa.

“Saya beritahu kepada kepada Singapura dan SCMP (South China Morning Post), Anwar akan ambil alih (Perdana Menteri). Anwar ada kekuatan dia sendiri, kita tahu. Tidak perlu semua ini, jangan malukan nama Anwar.

“Saya memang percaya Anwar akan ambil alih, mereka menggunakan satu alasan seperti ketiadaan modal, cari konspirasilah, itu ini.

“Ia menunjukkan golongan ini mahu mencari pengaruh, apabila tiada pengaruh mereka menggunakan orang luar.

“Ini soal dalaman, kenapa biarkan orang luar masuk. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana saya bukan ahli parti,” jelasnya dalam rancangan Soal Rakyat di TV3 malam tadi.

Anwar yang bakal menerajui KEADILAN secara rasmi sebagai presiden selepas usai Pemilihan KEADILAN 2018 dilaporkan akan kembali ke Dewan Rakyat tidak lama lagi menerusi satu pilihan raya kecil.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72285

Posted by on Sep 6 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE