Dakwaan Majlis Syura bincang isu PM mengarut – Nik Aziz

KOTA BHARU 11 Feb: Berita yang mendakwa PAS berbincang untuk menolak Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah mengarut, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya, beliau selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS langsung tidak berbincang berhubung perkara itu, malah tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya sendiri pengerusinya, tentu saya tahu kalau berbincang, mengarut semua ni,” katanya dipetik Harakah Daily.

Nik Aziz menggaul Yee Sang bersama tokoh perniagaan Cina Kelantan

Nik Aziz menggaul Yee Sang bersama tokoh perniagaan Cina Kelantan

Beliau diminta mengulas dakwaan mengatakan Majlis Syura Ulama PAS berbincang untuk menolak Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 nanti.

Beliau berkata ketika ditemui di kediaman tokoh perniagaan Cina Kelantan, Kenny Chua sempena kunjungan Menteri Besar ke rumah-rumah mereka sempena Tahun Baru Cina, di Taman Limau Manis, di sini pagi semalam.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini melaporkan sebagai memetik sumber dalaman PAS kononnya Majlis Syura turut berbincang keputusan itu.

Kali terakhir Majlis Syura bermesyuarat adalah 13 Januari lepas dengan dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz.

Antara yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah menggugurkan keahlian Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Baru-baru ini, dilaporkan Anwar bertemu Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din. Kononnya dalam pertemuan itu Haron memaklumkan Majlis Syura menolak Anwar sebagai bakal PM.

Dengan penjelasan ini bermakna perkara itu hanya mainan media Umno untuk memecahkan hubungan baik dalam Pakatan bagi memberikan peluang kepada BN semula untuk terus memerintah negara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah mencadangkan agar isu bakal PM hanya akan ditentukan selepas penamaan calon.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44767

Posted by on Feb 11 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google