Dana Industri Kecil beri manfaat kepada usahawan berbanding DEB

SHAH ALAM: Kepincangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mengutamakan ahli Umno dan kroninya, diatasi dengan kesungguhan kerajaan Selangor membantu usahawan kecil termasuk golongan Bumiputera melalui program Dana Industri Kecil

Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, kejayaan yang dicapai menerusi dana itu, sekaligus menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu DEB diteruskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Kota Anggerik itu berkata DEB adalah dasar pincang kerana ia dilaksanakan hanya untuk membantu ahli Umno dan kroni-kroni mereka.

“Natijahnya, apabila usahawan yang tidak layak diberi bantuan, lahirlah usahawan ‘ali baba’ yang hanya mengaut keuntungan atas angin sahaja,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Yaakob, sebaliknya berkata, peruntukan RM3 juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) disediakan melalui program Dana Industri Kecil bagi memastikan mereka  berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

“Dana itu diwujudkan bagi membantu usahawan membeli peralatan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran sekurang-kurangnya bagi yang memulakan perniagaan selama dua tahun.

“Kerajaan negeri turut membantu golongan usahawan kaum Cina dan India tanpa sikap prejudis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Yaakob berkata, dasar ini mendorong  hampir 350 usahawan berjaya mengembangkan perniagaan dan meningkatkan hasil jualan mereka.

“Usaha ini sangat berkesan apabila kerajaan memberi bantuan terus kepada usahawan dengan penekanan konsep ‘own operator’  bertujuaan memastikan usahawan mampu berdaya saing dalam pasaran semasa.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan  prihatin dan telus dalam membantu usahawan Bumiputra,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menyediakan kursus keusahawanan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan perniagaan, antaranya pengurusan kewangan syarikat dan strategi pemasaran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8267

Posted by on Mar 7 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google