Danyal terus aktif bersama Anwar di Port Dickson

Penyandang Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah akan terus aktif bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil di kerusi itu untuk kembali aktif dalam politik.

Jaminan itu dinyatakan Anwar, yang amat menghargai tawaran Danyal yang sanggup mengosongkan kerusi tersebut untuk membuka laluan buat Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

“Biasa dalam politik ada yang enggan, ada yang umum tapi tak berani lepaskan, ada yang serius, dan dia serius…Saya hanya pertimbang yang serius.

“Saya juga terkesan dengan personaliti Danyal. Beliau tak berbicara soal undur, tapi bicara soal mahu bersama (sebagai) satu pasukan mantap…Beliau mahu terus aktif bersama saya di Port Dickson,” kata ikon Reformasi itu dalam wawancara Skype bersama Astro Awani.

“Beliau kata mahu kekal membantu di Port Dickson. Maknanya secara teknikal bukan undur…Dia juga kata ini satu penghormatan kepada Port Dickson dan Negeri Sembilan.

“Beliau beri hujah yang baik. Jika diteliti kenyataannya, saya amat terkesan,” katanya lagi.

Danyal mengumumkan keputusannya untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson dalam sidang media tengahari tadi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini juga dilaporkan menerima surat peletakan jawatan daripada Danyal.

Mohamad Ariff dalam satu kenyataan berkata, satu notis pemberitahuan rasmi berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu akan dikemukakan kepada timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72307

Posted by on Sep 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE