DAP wakil Pakatan Harapan dalam PRK Cameron Highland

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan M Manogaran dari DAP sebagai taruhan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland.

“Kita telah tentukan siapa yang akan bertanding dalam PRK Cameron Highlands.

“Calon kita ialah Manogaran, iaitu calon yang lama, yang bertanding di situ dalam PRU14,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga optimis dengan peluang Harapan untuk menang dalam PRK ini.

“Kita akan menang dalam PRK ini, insya-Allah kita akan menang, kita tidak tahu siapa yang hendak bersaing dengan kita, dengar cerita macam-macam, tetapi siapa pun yang bertanding kita percaya kita dapat mengatasi,” katanya.

Pada 4 Jun 2018, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang dimenangi C Sivarraajh daripada Barisan Nasional (BN) terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Petisyen beliau diterima mahkamah pilihan raya yang memutuskan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72762

Posted by on Jan 4 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE