Dapat tanah murah, pemimpin Umno Kelana Jaya ‘jutawan segera’

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 8 Feb: Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak didesak menjawab pendedahan skandal pemberian tanah di USJ 3B dan USJ3D kepada pimpinan Umno Kelana Jaya pada harga RM2 sekaki.

nik-nazmi-11Dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, antara pemimpin Umno yang menerima tanah tersebut adalah bekas Ketua Wanita Umno Kelana Jaya yang juga bekas Adun Seri Setia pada 2004, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin.

“Seorang lagi, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas iaitu bekas Adun Kelana Jaya yang pernah dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin Umno,” kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.

“Hairan bagaimana orang yang terlibat dengan bahagian disiplin terbabit dengan skandal ini tatkala rakyat susah untuk mendapat sekeping tanah dan untuk membeli rumah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Tetapi mereka mendapat tanah dengan mudah dan menjadi ‘jutawan segera’,” katanya.

Skandal ini lanjutan pendedahanan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor beberapa bulan lalu.

Nik Nazmi mempersoal bagaimana kadar bayaran premium tanah seluas 5,000 kaki persegi itu rendah sedangkan menurut kajian, harga pasaran semasa tanah itu RM175 sekaki.

Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun.

Tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun.

“Saya dapati ada tanah yang dijual dan dipindah milik. Saya syak tujuan mereka memiliki tanah berkenaan hanya untuk mengutip ‘untung atas angin’,” ujarnya.

Beliau turut membidas dakwaan kononnya mereka menerima tanah itu hasil memperjuangkan kemerdekaan.

“Saya kesal kerana dua kawasan USJ itu tidak digunakan untuk kemudahan awam dan komuniti tetapi lebih bermotif peribadi,” kata Nik Nazmi.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dipetik berkata, tanah-tanah tersebut mempunyai 99 lot banglo dengan tempoh pajakan 99 tahun, diluluskan oleh mesyuarat Exco ketika itu pada 20 Februari 2001, era pemerintahan BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44607

Posted by on Feb 8 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google