Debat Anwar-Najib: ‘Yang tidak hadir lidah, tapi mata & telinganya ada’

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 18 APRIL: Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Razak gagal hadir ke ‘Forum Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Malah Pengerusi Penganjur, Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreevenazan kecewa kerana Najib sebagai panelis jemputan tidak hadir.

Di sebelah kiri, kerusi kosong itu adalah tempat duduk Najib

Di sebelah kiri, kerusi kosong itu adalah tempat duduk Najib

“Hanya sebelah pihak sahaja yang datang…Tak mengapalah,” katanya di akhir program disambut ketawa hadirin.

Malah, Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Said dengan nada sinis menyindir kegagalan Najib itu sebelum membacakan puisi ‘Janji Demokrasi’.

“Yang saya hormati, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang saya hormati juga, tapi dia tidak datang…Oleh kerana dia tak datang tidak wajar saya menyebut namanya,” katanya yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.

“Tapi walaupun dia tak datang, tapi ‘mata’ dan ‘telinga’nya ada di sini. Yang tidak datang hanyalah ‘lidah’nya,” sinis Pak Samad disambut sorakan hampir 1,000 hadirin.

Forum itu dibarisi panel Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Program tersebut dipengerusikan Dr Ahmad Farouk Musa, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF).

Forum tersebut juga ditonton secara langsung melalui saluran Youtube Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Radio Bangsar Utama dari seluruh dunia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50663

Posted by on Apr 18 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google