Deepak lakukan perkara yang betul – PI Bala

KUALA LUMPUR 30 November: Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu berkata, beliau gembira apabila kebenaran akhirnya terserlah.

Balasubramaniam

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) berkata, ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang terlibat untuk mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan ‘perkara yang betul’.

Dalam responnya kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-galanya yang diketahui mengenai perkara itu.

Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir.

Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri ke negara itu selepas menandatangani SD kedua.

Deepak, dalam wawancara Malaysiakini awal minggu ini, berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari seorang “rakan wanita” yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam.

Sementara itu, Balasubramaniam berkata, beliau mahu tahu siapa peguam yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa “pengetahuan atau input” daripadanya.

“Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua.

“Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40387

Posted by on Nov 30 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE