Desak k’jaan batal ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan

(Oleh Aedi Asri)

PETALING JAYA 26 Dis: KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.

Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara.

“Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.

“Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“(Sebaliknya) kerajaan mesti menimbangkan untuk ambil lebih ramai graduan ISMP yang berkebolehan bagi menambah bilangan guru di sekolah kebangsaaan, lantas menurunkan nisbah pelajar-guru. Hari ini nisbah masih sekitar 40 pelajar satu kelas, iaitu kadar yang masih lagi tinggi,” jelas Nik Nazmi.

20 Disember lalu, Najib ketika lawatannya di India berkata, Malaysia berminat mangambil guru Bahasa Inggeris dari negara itu.

Kerajaan sebelum ini mengambil guru dari Amerika Syarikat dan ditempatkan di beberapa sekolah terpilih sebagai Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA).

Mahasiswa KEADILAN hantar memo

Mahasiswa KEADILAN akan hantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan bagi menuntut masalah pengangguran graduan ISMP diselesaikan.

“Dalam masa terdekat, kita rancang jumpa Kementerian Pendidikan untuk kita sampaikan memorandum. Kita tunggu respon dari Kementerian untuk gerak kerja seterusnya,” kata Presidennya, Haziq Abd Aziz dalam sidang media sama.

Katanya, masalah ini bukan disebabkan silibus atau kebolehan graduan ISMP, tetapi dasar pengambilan Kementerian Pendidikan yang sama sekali mendiskriminasi graduan dengan tidak membuka permohonan kepada mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41723

Posted by on Dec 26 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google