Desak Musa Hassan dedah campur tangan Hishammuddin

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 28 November: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan didesak jelaskan secara terperinci berkenaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam penyiasatan polis seperti yang didedahkan beliau semalam.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendedahan Musa itu mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa menteri memang campur tangan dalam pentadbiran polis.

“Pendedahan itu mengesahkan kenyataan kita selama ini menteri ada campur tangan dalam pentadbiran polis, khususnya hal ehwal politik,” kata Shamsul.

“Justeru, jika pendedahan Musa itu berdasarkan prinsip dan ingin membetulkan keadaan, kita minta beliau dedahkan lebih terperinci dalam kes mana Hishammuddin telah campur tangan,” katanya ketika dihubungi.

Mengikut laporan Malaysiakini, Musa menyatakan Hishamuddin campur tangan dalam pentadbiran PDRM semasa dalam kepimpinan beliau.

Musa mendakwa, Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Shamsul berkata, AMK sedia membawa kes tersebut ke peringkat seterusnya, jika Musa tampil menjelaskan mengenai campur tangan tersebut.

“Pesanan kita kepada ketua polis sekarang, janganlah terikat dengan arahan menteri, siasat kes dengan adil tanpa sebarang pengaruh politik,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40304

Posted by on Nov 29 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google