Di Ambang Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan

8 Mac 2018

Mohon doa saudara dan saudari agar majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan hari ini 8 Mac 2018 jam 8 malam di IDCC Shah Alam diberkati dan berjalan lancar.

Saya diamanahkan sebagai pengarah program kerana dikatakan atas kejayaan Konvensyen Pakatan Harapan yang lalu. Saya dan anggota jawatankuasa berterima kasih di atas kepercayaan yang diberi walaupun ia terasa berat. Moga kali ini juga acaranya berjaya mencapai objektif.

Walaupun hanya acara malam dan 3-4 jam sahaja tetapi satu acara yang amat penting dan strategik untuk melonjakkan lagi iltizam Pakatan Harapan ke arah perubahan tampuk pemerintahan negara.

Segala persiapan akhir sedang dibuat.

Benar, yang penting isi dan komitmen menunaikan manifesto dan janji jika menang PRU14.

Namun, penekanan dan tumpuan kepada asas permasalahan rakyat dan negara serta penyelesaiannya dalam manifesto boleh memberi keyakinan kepada rakyat untuk memilih Pakatan Harapan.

Saya jangkakan akan ada pandangan positif mahupun negatif terhadap manifesto tetapi keberanian Pakatan Harapan untuk melancarkan manifesto dengan awal boleh membuka kepada perbincangan yang sihat dan produktif.

Sempena 10 tahun Agenda Perubahan pada hari ini juga sejak pembangkang mengorak langkah perubahan besar menafikan majoriti dua pertiga Umno BN maka saya percaya acara malam ini amat bersejarah.

Harapan rakyat tinggi untuk melihat negara terbina di atas landasan yang betul dan kesejahteraan rakyat benar-benar diutamakan.

Akan ada cabaran dan dugaan namun Pakatan Harapan bertekad bersama rakyat untuk membuat perubahan.

Pakatan Harapan merupakan kerajaan menanti yang boleh memenuhi harapan dan menjadikannya kenyataan.

Jumpa di sana atau tonton FB Live di FB Pakatan Harapan.

Terima kasih atas doa dan apa juga sumbangan anda kepada perubahan walaupun kecil.

#MembinaNegara
#MemenuhiHarapan

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengarah
Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan untuk PRU14
Ketua Penerangan KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71429

Posted by on Mar 8 2018. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE