DNA23 bantu nelayan pantau harga ikan

Inisiatif Digital Native Agenda 23 (DNA23) yang digagaskan Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim akan turut memanfaatkan masyarakat luar bandar dalam merapatkan jurang penggunaan teknologi digital.

Menurut Anwar, petani dan nelayan akan dapat memantau harga jualan produk mereka menerusi aplikasi apabila kerajaan menyelesaikan masalah liputan Internet di seluruh negara.

“Masih banyak jurang liputan Internet bukan saja di Sabah dan Sarawak malah turut berlaku di seluruh Malaysia. Namun kita bersyukur kerana kerajaan kini sedang mengatasi masalah berkenaan.

“Banyak manfaat yang dapat diperolehi dalam inisiatif DNA23 ini dan sebagai contoh ia dapat menaikkan pendapatan para petani dan nelayan melalui aplikasi yang dibangunkan. Melalui aplikasi ini semua nelayan dapat mengetahui harga semasa ikan yang ada di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada dialog Digital Native Agenda (DNA23) The Challenges And Way Forward di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu malam tadi.

Mengenai isu dakwaan Sabah dianak tirikan Putrajaya, Anwar percaya ia hanya satu sentimen semata-mata.

“Ia hanya sentimen yang tidak sepatutnya ditimbulkan. Kalau dahulu orang cakap kerajaan pusat ‘rompak’ kekayaan di Sabah – contohnya kayu balak – ia tidak terjadi sebab yang merompak itu adalah pemimpin Sabah sendiri dan ada juga pemimpin daripada pusat yang sama-sama merompak.

“Kalau mereka tidak merompak hasil kayu balak Sabah selama 20 tahun, sudah semestinya ia dapat membangunkan lagi negeri Sabah,” tambahnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74027

Posted by on Sep 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE