Dr M: Jangan gentar ingkari Najib

Pakatan Harapan hari ini menyampaikan satu amanat penting kepada berikrar semua kakitangan kerajaan – jangan gentar untuk melaporkan sebarang kesalahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengingkari arahannya yang salah.

Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya hari ini berikrar untuk membantu penjawat awam yang berhadapan kemungkinan dilucutkan jawatan jika berani mendedahkan sebarang penipuan Najib.

“Pegawai SPRM diugut untuk melaksana arahan Najib. Jika mereka tidak patuh kepada arahan Najib maka tindakan tertentu akan diambil terhadap mereka.

“Mereka mungkin diturun pangkat, ditukar ke jawatan lain yang lebih rendah, dimansuh hak pencen dan bermacam lagi.

“Pegawai tinggi polis, pegawai di jabatan pendakwa raya, pengarah syarikat dalam Khazanah semua ditakutkan supaya menyokong perbuatan salah oleh Najib untuk menang PRU,” katanya sambil memberi contoh tindakan Najib mengarah SPRM menangkap pemimpin parti pembangkang.

Menurutnya, Najib dan BN mahu melumpuhkan pengaruh Parti Warisan Sabah dengan menangkap Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya semata-mata untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut Dr Mahathir mendakwa menerima maklumat yang Najib juga akan menggunakan pegawai-pegawai dari pelbagai pejabat yang akan dilantik mengurus pilihan raya umum akan disuruh menipu supaya BN terus menang dalam PRU 14.

“Kami dalam Pakatan Harapan sedar kami akan menang jika tidak ada penipuan dalam PRU. 90 peratus daripada pengundi yang berdaftar sudah pun nyatakan mereka tolak Najib.

“Kami berjanji jika kakitangan kerajaan yang akan mengurus PRU diugut dan didera oleh Najib dan kehilangan gaji, atau pangkat atau jawatan kami akan pulih balik mereka dan pendapatan mereka. Mereka akan kembali pegang jawatan yang telah dilucut dari mereka.

“Demikian juga mereka yang memberi maklumat kepada kami akan salah cara dan penipuan Najib. Kami akan selamatkan mereka,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70667

Posted by on Oct 20 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE