Dr M: Sorok penyelewengan 1MDB jenayah pada negara

KUALA LUMPUR 18 JULAI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa ketiadaan sebarang tindakan terhadap siri penyelewengan wang negara oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk tindakan menyembunyikan jenayah.

Dr Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan berkata gabungan pembangkang itu berikrar untuk memenangi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Apandi diseret ke muka pengadilan atas keengganannya bertindak terhadap 1MDB.

“Saya bukan peguam. Tapi saya tahu jenayah bukan OSA (Akta Rahsia Rasmi). Bila ia jenayah, kena lapor bukan kena sembunyi.

“Peguam negara lakukan kesalahan besar sembunyikan bukti jenayah. Satu hari dia kena jawab sebab itu dia kena menang,” katanya, memetik portal The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian semasa berucap kepada hadirin ceramah “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Shah Alam, malam tadi.

Katanya, Pakatan Harapan akan menyoal Apandi selepas ia diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya umum akan datang.

“Kita boleh tanya, ‘HeiĀ AG (peguam negara), kau buat salah jenayah ke?'” katanya disambut tepukan daripada kira-kira 500 orang hadirin ceramah.

“Satu hari dia kena jawab itu. Sebab itu kita kena menang (pilihan raya). Jadi kalau nak tahu AG buat salah atau tidak, kita kena menang,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70247

Posted by on Jul 18 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE