Dr Mahathir harap Rafizi terus kental berjuang

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil memberi kata-kata semangat buat Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dihukum mahkamah kerana mendedahkan penyelewengan pinjaman RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam mesej ringkas melalui video itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan menyeru Rafizi agar bersabar dalam perjuangan.

“Rafizi, kuatkan semangat.

“Jangan berasa kecewa. Kita berjuang mungkin mengambil masa, mungkin menang, mungkin kalah, tetapi perjuangan mestilah kita teruskan untuk bangsa dan negara,” katanya menerusi video yang disiarkan laman Facebook beliau.

Susulan video tersebut, Rafizi merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Mahathir di atas tiupan semangat tersebut.

“Saya berterima kasih kepada Tun M kerana meluangkan masa beri ucapan itu walaupun kesihatannya kurang bagus,” katanya memetik Malaysiakini.

Rafizi bersama Johari Mohamad, seorang kerani bank dihukum penjara 30 bulan kerana mendedahkan kedudukan akaun syarikat akaun NFC yang membabitkan Datuk Seri Mohd Salleh Ismail iaitu suami Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71331

Posted by on Feb 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE