Dr Streram calon Pakatan Harapan di Rantau

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Dr Streram Sinnasamy sebagai calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau.

“Kita berpendapat dan memutuskan seorang tokoh yang kini menjadi timbalan ketua cabang Rembau dan penyelaras DUN Rantau sekarang Dr Streram Sinnasamy sebagai calon,” kata Anwar sewaktu membuat pengumuman.

Dr S Streram adalah pakar bius di sebuah hospital swasta dan merupakan calon asal Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau sebelum ini dinafikan hak bertanding secara tidak adil apabila dihalang masuk ke pusat penamaan calon atas alasan tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau kemudian memfailkan permohonan membatalkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Mahkamah Khas Pilihan Raya.

Mahkamah Persekutuan pada 18 Februari lalu, menolak permohonan Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang membatalkan kemenangannya dalam PRU14.

Susulan keputusan itu, SPR mengumumkan hari mengundi PRK Rantau jatuh pada 13 April sementara hari penamaan calon pada 30 Mac ini.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73073

Posted by on Mar 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE