Dr Streram mengundi pada hari ulang tahun perkahwinan

Sekiranya menang, ini adalah hadiah yang terbaik buat calon Pakatan Harapan, Dr Streram Sinnasamy yang menyambut ulang tahun ke-34 perkahwinannya hari ini.

Beliau menyifatkan hari ini adalah hari yang beliau nanti-nantikan selepas Pilhan Raya Umum (PRU) ke-14 pada tahun lalu.

“Ini adalah hari yang saya tunggu setelah PRU lepas untuk saya mengambil alih DUN Rantau ini.

“Hari ini adalah hari ulang tahun saya yang ke-34 tahun bersama isteri .

“Saya bersama sangat teruja dan berharap tuah menyebelahi saya untuk menenangi kerusi di Rantau ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Streram menyatakan isterinya R.Pushpa,  menjadi tulang belakang buatnya dalam Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini.

Malah, beliau tidak gusar sekiranya tugas berat menanti sekiranya apabila menang nanti.

“Isteri saya tidak akan berasa sedih sekiranya selepas ini saya lebih sibuk kerana dia sendiri yang mahu saya berkhidmat kepada rakyat,” jelasnya.

Streram membuang undi tepat jam 8.30 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka serentak jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Seramai 20,793 orang daripada 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dan daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang telah mengundi secara pos.

Empat calon bertanding pada PRK ini terdiri daripada calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram, calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi serta bekas pensyarah Mohd. Nor Yassin.

PRK Rantau diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau selama tiga penggal untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73305

Posted by on Apr 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE