Dr Streram optimis di Rantau

Calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr Streram Sinnasamy yakin mampu menumbangkan lawannya di kerusi berkenaan.

Beliau memohon pengundi memberikan peluang untuk Harapan mentadbir Rantau bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Beri kita satu peluang untuk menunjukkan kita mampu memberikan yang terbaik untuk penduduk di DUN Rantau ini,” katanya kepada KeadilanDaily.

Ditanya mengenai isu perkauman yang bakal dibangkitkan, Dr Streram menjelaskan beliau mahukan Malaysia baharu yang inklusif yang mana semua rakyat tidak kira kaum mendapat hak yang sama.

Menurutnya, strategi sudahpun dirancang terlebih dahulu dalam pertandingan di kubu kuat BN itu yang sebelum ini diwakili bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Hassan selama tiga penggal.

“Kita akan terus berjalan dari rumah ke rumah dan berjumpa dengan pengundi DUN Rantau secara bersemuka untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,” katanya.

Tambahnya, hasil kerja kuat selama tiga tahun setengah di Rantau dengan menghadiri program serta memberi sumbangan kepada penduduk, beliau yakin mampu meraih hati pengundi di sini.

Isnin lalu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Dr Streram Sinnasamy sebagai calon Pakatan Harapan dalam PRK DUN Rantau.

Beliau sebelum ini dinafikan hak bertanding secara tidak adil apabila dihalang masuk ke pusat penamaan calon atas alasan tiada pas SPR.

Dr Streram dijangka berdepan Mohamad yang menang tanpa bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum ke-14 lalu.

Sehubungan itu, SPR mengumumkan hari mengundi PRK Rantau pada 13 April sementara hari penamaan calon pada 30 Mac ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73088

Posted by on Mar 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE