Dr Wan Azizah dukacita dengan kematian remaja Irish

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berdukacita dengan penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Dalam kenyataan ringkas, Dr Wan Azizah mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan berharap mereka tabah menghadapi tragedi ini.

“Saya amat sedih dengan kematian Nora Anne, saya berdoa semoga keluarganya diberi kekuatan sepanjang melalui tempoh yang menyedihkan ini.

“Kami percaya polis akan melakukan yang terbaik untuk membongkar kematian tragis ini,” katanya melalui Facebooknya, hari ini.

Mayat Nora Anne Quoirin ditemui semalam pada 1.57 tengahari.

Pengecaman mayat itu dibuat keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop.

Proses bedah siasat mayat itu dijalankan pada 10 pagi tadi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar.

Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarga di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73884

Posted by on Aug 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE