Dr Wan Azizah ikrar lunas tanggungjawab dengan amanah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen ke-14 hari ini. 

Beliau berikrar untuk melaksanakan amanah tersebut sebaik mungkin.

“Alhamdulillah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Pandan bagi sidang Parlimen ke-14. 

“Semoga tanggungjawab berat ini dapat dipikul dengan penuh amanah,” tulisnya menerusi akaun Facebook mengiringi gambar istiadat itu yang dimuatnaik.

Presiden KEADILAN itu yang kini merupakan menteri wanita dan pembangunan keluarga kembali ke Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Kesemua 221 Anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah kecuali Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh.

Muhyiddin bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72015

Posted by on Jul 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE