Dr Wan Azizah wakil KEADILAN dalam mesyuarat bersama PM

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili KEADILAN pada mesyuarat bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Anggota Parlimen Lembah Pantai itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada tuduhan yang mendakwa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

“KEADILAN difahamkan jemputan perdana menteri adalah khusus buat pimpinan Pakatan Harapan yang mula-mula terlibat dalam pembentukan kabinet pada Mei 2018.

“Pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas mengenai hal ehwal perjalanan kerajaan yang menyentuh perkara-perkara portfolio dan kementerian-kementerian.

“Ini bermaksud KEADILAN diwakili Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pada ketika pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 merupakan presiden KEADILAN,” katanya.

Fahmi turut menempelak niat sebenar kenyataan Khairuddin itu yang dibuat menerusi Facebook.

“Maka KEADILAN berpandangan tuduhan yang dilempar Khairuddin bahawa Datuk Seri Anwar tidak menghormati konsensus Pakatan Harapan adalah tidak berasas dan berniat jahat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73918

Posted by on Aug 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE