Dr Xavier gesa polis siasat sabotaj loji air

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar menggesa polis menyiasat tumpahan minyak diesel di Sungai Selangor petang semalam hingga menyebabkan empat loji rawatan air ditutup.

Menurutnya, tindakan berkenaan boleh dianggap sebagai satu sabotaj.

“Saya juga telah menghubungi Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk membincangkan situasi terkini. Dua kejadian pencemaran dalam tempoh kurang tiga hari tidak boleh dipandang sewenangnya.

“Oleh yang demikian setelah berbincang dengan ketua polis negara, saya juga turut memohon pihak polis untuk sama-sama menjalankan siasatan.

“Saya ingin memastikan bahawa dalang di sebalik insiden ini dapat diberkas dan dihukum dengan berat di bawah akta-akta yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loji rawatan air 1, 2 dan 3 di Sungai Selangor ditutup susulan pencemaran itu dan loji di Rantau ditutup sekitar 6 petang hingga 8.15 malam petang semalam.

Loji-loji berkenaan kembali beroperasi pada jam 3.30 pagi tadi.

Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut membuat laporan polis berkenaan dua insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago bimbang dengan dua insiden dalam tempoh tiga hari itu.

Laporan polis dibuat oleh Pengarah Wilayah Tengah SPAN Jalalluddin Sulaiman di Balai Polis Bestari Jaya, Kuala Selangor pada kira-kira 10 pagi hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73795

Posted by on Jul 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE