Dua CEO dalam tiga tahun, Putrajaya perlu jelaskan

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kepada Parlimen mengenai perletakan jawatan dua orang ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) dalam tempoh kurang tiga tahun.

Ini berikutan Peter Bellew, yang menjadi CEO MAS pada Julai 2016, akan kembali ke Ryanair dan akan menjadi ketua pegawai operasi (COO) syarikat penerbangan Ireland itu berkuatkuasa 1 Disember.

“Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah Nasional perlu memberi penjelasan kepada Parlimen tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam MAB, mengapa begitu ramai CEO telah bertukar ganti dalam masa yang cukup singkat.

“Dan apa langkah-langkah yang akan diambil syarikat penerbangan tersebut untuk memastikan ia akan pulih sepenuhnya menjelang 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Fahmi menekankan bahawa Peter Bellew sebelum ini dilaporkan gembira untuk terus berada di Malaysia dan usaha mengembalikan kegemilangan MAB adalah ‘kejayaan terbesar hidup saya’ – namun kini situasi semasa adalah sebaliknya.

Katanya, keadaan ini menimbulkan persoalan terhadap Pelan Pemulihan MAS bernilai RM6 bilion yang diumum Khazanah Nasional pada 2014.

Jelas Fahmi lagi, mungkin wujudnya keadaan ‘pengurusan mikro’ (micro-management) atau ada sesuatu yang cukup tidak kena dengan semangat Pelan Pemulihan MAS sehingga MAB gagal mengekalkan bos besarnya untuk terus mengemudi syarikat.

“Tanda-tanda perbalahan pendapat di antara Bellew dan pemegang saham MAB kelihatan jelas dalam respon CEO tersebut kepada pengumuman Najib Razak di White House bahawa MAB akan membeli kapal terbang Boeing berjumlah USD10 bilioin dalam masa 5 tahun.

“Namun usaha Najib untuk “membantu ekonomi Amerika” mungkin menjadi penyebab Bellew memilih untuk meninggalkan MAB.

“Seminggu selepas pengumuman Najib itu, media melaporkan Bellew sebagai berkata kapal terbang-kapal terbang itu tidak akan dimiliki MAB tetapi akan disewa, “yang merupakan norma mana-mana syarikat penerbangan moden”. Ini bercanggah dengan pengumuman Najib,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70663

Posted by on Oct 19 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE