Dua timbalan menteri pimpinan KEADILAN Pulau Pinang

KEADILAN Pulau Pinang melantik Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Bakhtiar Wan Chik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri bagi menggantikan Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang melepaskan jawatannya baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertanian Sim Tze Tzin pula dilantik sebagai timbalan pengerusi dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Ahmad Zakiyuddin Rahman dilantik sebagai naib pengerusi.

Manakala Zulklifi Saad dipilih sebagai setiausaha dan Francis Joseph sebagai bendahari.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KEADILAN Pulau Pinang malam tadi.

Pada 16 Disember, Nurul Izzah dilantik sebagai pengerusi KEADILAN Pulau Pinang oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kemudian mengumumkan peletakan semua jawatannya daripada parti walaupun 13 cabang mahu beliau kekal sebagai pengerusi negeri.

Beliau juga melepaskan jawatan sebagai naib presiden KEADILAN dan semua jawatan dalam kerajaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72797

Posted by on Jan 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE