Duduk Bantah berjaya tekan Putrajaya selesai isu kerakyatan

(Oleh Sidiqin Omar)

PUTRAJAYA 12 Dis: Perhimpunan rakyat hari ini berjaya menekan Kerajaan Pusat supaya segera bertindak menyelesaikan masalah kerakyatan yang membelenggu 300,000 warganegara Malaysia.

Ia berikutan tekanan 2,000 rakyat bersama pemimpin Pakatan Rakyat Duduk Bantah di depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula pagi tadi, menuntut BN memberi kerakyatan kepada mereka yang berkenaan.

Ekoran desakan itu, JPN membuka kaunter pendaftaran IC kepada seluruh peserta perhimpunan.

Sebelum itu, hanya beberapa orang dari mereka dibenar masuk ke bangunan tersebut bertemu dengan wakil jabatan berkenaan untuk sesi perbincangan.

Menurut penganjur perhimpunan yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, meja dan kerusi disusun sukarelawan KEADILAN di depan pintu masuk bangunan itu.

Ia bagi membantu proses pendaftaran kad pengenalan dilakukan.

Mereka juga turut membantu pemohon mengisi borang IC biru di perkarangan bangunan tersebut.

Detik itu amat dinanti-nantikan sebahagian rakyat yang menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan hak kewarganegaraan.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41062

Posted by on Dec 12 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google