Selangor negeri pertama lulus Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia

SHAH ALAM: Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama  dalam Malaysia meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri.

Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini selepas dikemukakan untuk bacaan kali ketiga oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Bagaimanapun, Elizabeth memberitahu rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan.

Beliau berkata enakmen baru itu adalah hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka memilih Pakatan Rakyat (PR) bagi membentuk kerajaan pada 2008.

Cadangan rang undang-undang itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Xavier Jeyakumar yang diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Enakmen ini bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk akses kepada maklumat yang dibuat setiap jabatan Kerajaan Negeri.”

Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada kerajaan negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10354

Posted by on Apr 1 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE