Ekonomi Malaysia merudum di Asia Tenggara kerana rasuah – Anwar

KUALA LUMPUR 15 Mac: Gejala rasuah yang berleluasa dalam negara menyebabkan Malaysia semakin merosot dari segi ekonomi berbanding rakan-rakan negara Asia Tenggara yang lain.

Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucaptama pada Public Relations World Congress di Dubai semalam, lapor laman berita Gulf News.

Menurut Anwar, walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar pasaran bebas, manfaat daripada dasar itu kurang dirasai akibat amalan nepotisme dan kurangnya ketelusan dalam urusniaga.

“Anda tidak boleh beri kontrak kepada ahli keluarga dan menamakannya sebagai penswastaan, anda tidak boleh berikan tender tanpa prosedur sempurna – ini akan mengakibatkan kerugian.

“Kerajaan melaporkan kerugian sebanyak $6 bilion kerana rasuah, dalam sebuah negara yang kecil seperti Malaysia,” katanya.

“Dari segi kebolehan bersaing, pelaburan asing dan pertumbuhan, kami kalah kepada Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga Singapura,” kata Anwar.

Di tanah air, skandal penyelewengan NFC mencuri perhatian ramai apabila kerajaan Umno BN memberikan RM250 juta kepada NFC yang dimilki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Keluarga Shahrizat dilapor gagal membekalkan lembu untuk pasaran tempatan seperti dikehendaki tetapi mereka menggunakan wang itu untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan penternakan lembu.

Di antaranya, keluarga Shahrizat melalui NFC didedahkan membeli dua kondominium mewah di Bangsar, sebuah kondominium mewah di Singapura, membiayai lawatan ke luar negara serta melangsaikan hutang kad kredit berjumlah lebih RM30,000 setiap bulan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28255

Posted by on Mar 15 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google