Empat bekas jeneral tentera dukung Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 17 FEB: Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat.

JeneralIa ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.

Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.

Turut hadir dan memberikan pidato, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar tenteraAntara isu yang ditimbulkan bekas-bekas pegawai tinggi tentera terbabit adalah penyelewengan dalam pembelian senjata melalui tender rundingan terus seperti disuarakan Abdul Ghafir Abdul Hamid.

Beliau turut mempersoalkan RM75 bilion peruntukan untuk tentera yang lesap sejak mula berkhidmat dalam pasukan itu sehingga bersara pada 2005.

Abdul Hadi dalam ucapannya pula mengajak 250,000 bekas pesara tentera melakukan perubahan dengan menumbangkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.

Jeneral 1Beliau turut memetik penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene dan mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dalang kehilangan enjit pesawat TUDM pada 2007.

Perkara sama turut disuarakan Imran Abd hamid yang mengakui tahu tentang selok belok penyelwengan kewangan yang berlaku dalam tentera laut setelah  37 tahun berkhidmat bersama pasukan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45272

Posted by on Feb 17 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE