Empat pesanan MP Lembah Pantai hadapi jerebu

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempunyai empat pesanan buat orang ramai sempena musim jerebu.

”Jerebu nampaknya semakin teruk. Sila pakai tutup muka, lebihkan minum air masak, kurangkan merokok dan aktiviti luar.

”Kalau perlu ke pasar malam (macam di Vista Angkasa ni), pastikan bertutup muka terutama para peniaga,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menerusi Facebook.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari in melaporkan tiada stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik setakat pukul 11 pagi tadi.

Satu stesen iaitu di Johan Setia, Klang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 213.

JAS dalam kenyataan berkata keadaan di Johan Setia itu disebabkan jerebu merentas sempadan dan beberapa kejadian kebakaran di kawasan belukar dan kebun persendirian seperti di Jalan 4B, Johan Setia dan Jalan Sungai Tengkorak, Kg Teluk Gong, Klang.

Menurut JAS, sebanyak 29 buah sekolah di Selangor ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu di Lembah Klang masih belum berkurangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74011

Posted by on Sep 13 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE