Enggan kosongkan tanah rizab punca banjir empat kampung

Penduduk yang enggan berpindah daripada tanah rizab Selangor yang diperlukan untuk projek pelebaran sungai menyebabkan kawasan sekitar Paya Jaras dilanda banjir beberapa kali.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata tanah yang diduduki penduduk berkenaan secara haram diperlukan untuk memberi laluan kepada pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir sebagai langkah mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku.

“Kesannya, Paya Jaras saya ingat dah dua ke tiga kali banjir dalam tempoh satu setengah tahun ke belakang. Ribuan (orang) mendapat kesan langsung dan tidak langsung (daripada banjir itu),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Akademi Kepemimpinan Wanita Selangor di Shah Alam, semalam.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu, penduduk berkenaan sudah pun diberikan Rumah Selangorku dan turut diberikan masa yang mencukupi.

Sementara itu, ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata perobohan tersebut dijalankan bagi mengatasi masalah banjir di empat kampung di Paya Jaras – Kampung Paya Jaras Hilir, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Tengah dan Paya Jaras Hulu.

“Bagaimanapun, sehingga kini ia diberi dua kali lanjutan masa iaitu dari 1 Julai 2017 hingga 25 Julai 2018 dan 26 Julai 2018 hingga 18 Sept lalu,” katanya memetik Selangorkini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74039

Posted by on Sep 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE