Exco Selangor akan bincang isu rekahan jalan

Insiden mendapan dan rekahan jalan di Pangsapuri Permai PJU3, Petaling Jaya akan dibincangkan dalam mesyuarat exco Selangor esok, kata Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha.

Menurutnya, perkara itu sememangnya dalam perhatian kerajaan negeri kerana keselamatan penduduk adalah bertanggungjawab kerajaan.

“Kita lihat keadaan semakin teruk dan tidak tahu berapa lama ia akan bertahan. Pemaju tidak boleh lepas tangan kerana soal tanggungjawab tiada had tempoh.

“Pada masa sama, saya akan berbincang dengan pegawai kerajaan negeri bagi mencari penyelesaian serta mendapatkan pandangan semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Sabak Bernam esok,” katanya selepas melawat tapak kejadian hari ini, lapor SelangorKini.

Media sebelum ini melaporkan benteng pangsapuri 10 tingkat berusia 13 tahun itu runtuh pada 30 Mei lalu.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin sudah turun padang bagi mendengar masalah itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72518

Posted by on Nov 8 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE