Exco Umno Johor dituduh songlap RM9.5 juta wang haram

KUALA LUMPUR 14 JUN: Bekas Exco Kerajaan Johor daripada Umno, Datuk Abd Latif Bandi @ Nor Sebandi bersama anak lelaki dan seorang perunding hartanah, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, lapor BH Online.

Mereka didakwa atas 21 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Abd Latif, 51, menghadapi 13 pertuduhan bernilai RM17.59 juta, manakala anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25, didakwa atas empat pertuduhan bernilai RM735,000.

Perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, turut berdepan empat pertuduhan dengan nilai RM17.45 juta.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi diiringi SPRM ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Abd Latif dan anaknya diwakili barisan lima peguam diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican manakala Amir Shariffuddin oleh Azrul Zulkifli Strok.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Asnawi Abu Hanifah.

Hakim membenarl kan ikat jamin RM500,000 terhadap Abd Latif, Ahmad Fauzan Yatim (RM200,000) dan Amir Shariffuddin RM400,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 5 Julai ini, yang akan didengar bersama kes rasuah terdahulu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70107

Posted by on Jun 14 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE