Ezam keluar parti kerana wang – Syed Husin

Ezam keluar parti kerana wang – Syed Husin

Mantan Timbalan Presiden KEADILAN Syed Husin Ali menceritakan pengalaman politiknya menerusi bukunya “Memoir Perjuangan Politik” menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Eezam mohd noor Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ – ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.” Lapor Malaysiakini.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isteri saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha KEADILAN Selangor.

“Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya “dibeli oleh pemimpin Umno”.

“Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkan terlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23120

Posted by on Nov 18 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE