Fahamkan rakyat tentang hak asasi – Anwar

Rakyat perlu mendapat pemahaman yang jelas tentang reformasi hak asasi manusia sebelum ia dilaksanakan di Malaysia, Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, rakyat tidak boleh dianggap sedia faham akan niat kerajaan tanpa penjelasan yang secukupnya berkenaan perkara itu.

Beliau memberi contoh Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang tidak diteruskan kerana salah faham.

“Berapa ramai di Malaysia yang faham Icerd? Tiada usaha untuk menjelaskan.

“Ada reaksi kuat kerana orang Melayu merasakan ia cubaan untuk membuang sebarang dasar pro-Melayu, termasuk mempertahan hak orang miskin.

“Ia bukan begitu tetapi itulah tanggapannya,” kata Anwar dalam forum World Movement of Democracy di Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, mandat yang diberikan dalam pilihan raya tidak bererti rakyat akan sepanjang masa bersetuju dengan kerajaan.

“Kita fikir kita ada mandat dan rakyat sokong kita. Rakyat sokong kita untuk perubahan, ekonomi dan tadbir urus yang baik, dan antirasuah.

“Mereka tidak semestinya sokong kita dalam setiap agenda hak asasi manusia. Jika kita benar-benar percaya dan yakin (tentang agenda tersebut), kita perlu sebarkan (maklumat tentangnya).

“Jika anda menjangka semua orang faham sebelum sebarkan (maklumat), anda akan gagal,” katanya lagi.

Putrajaya sebelum ini membatalkan rancangan menandatangani Icerd dan menarik diri daripada Statut Rom susulan bantahan dan cubaan hasutan berbaur perkauman oleh Umno dan PAS.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73733

Posted by on Jul 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE