Fahmi bantu mangsa kebakaran Flat KTMB

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyampaikan bantuan kepada 22 orang mangsa kebakaran di Flat KTMB, Bangsar malam tadi.

Pengarah Komunikasi KEADILAN itu yang kerap turun padang ke kawasan Parlimen beliau juga berpesan kepada mangsa kebakaran pada Isnin lalu agar bersabar menghadapi kejadian tersebut.

“Alhamdulillah selepas solat Maghrib tadi saya sempat menyampaikan sumbangan kepada 22 mangsa kebakaran di Flat KTMB Lengkok Abdullah berjumlah RM28,000. 

“Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, En Mohd Rani Hisham Samsudin, hadir bersama dalam program.

“Dalam ucapan, saya menekankan keperluan memantau tahap kesihatan mental mangsa-mangsa, kerana kesan trauma musibah kebakaran ini mungkin sukar dijangka.

“Saya berharap sumbangan ini akan dapat membantu mangsa-mangsa, dan mendoakan agar mereka sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan besar ini,” kenyataan beliau dipetik.

Sebanyak 10 rumah kuarters milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hangus dalam kebakaran di Jalan Lengkok Abdullah, Bangsar, pada 28 Januari lalu.

Sejumlah 60 anggota dan pegawai bomba dan penyelamat bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hang Tuah, Taman Tun Dr Ismail, Sentul dan Seputeh mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, semua penghuni yang juga pekerja penyelenggaraan KTMB sempat menyelamatkan diri.

Kebakaran berkenaan turut merosakkan 11 buah kereta dan 6 buah motosikal. 

Turut terjejas satu balkoni di tingkat tujuh rumah flat berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72875

Posted by on Jan 31 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE