Fahmi: Bebaskan anggota AMK ditahan sambut Najib

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil kesal dengan tindakan polis menahan 15 anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang yang menyertai ‘flashmob’ bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Permatang Pauh.

Naib Ketua AMK itu berkata, ini adalah bukti kerajaan tidak menghormati prinsip demokrasi dan hak bersuara dalam politik.

“Anak-anak muda yang berkumpul ini tidak membaling kerusi, suar mahupun selipar terhadap sesiapa malah hanya memegang plakad secara aman untuk menyatakan pendirian politik mereka.

“Adakah ini ditakrif pihak berkuasa sebagai satu ‘ancaman’ sehingga perlu menangkap peserta flashmob aman?

“Adakah Najib dan pentadbiran beliau sudah begitu panik dan takut tentang sentimen rakyat hinggakan peserta flashmob aman juga dilihat sebagai ‘musuh politik’ yang perlu ditahan?” soalnya dalam kenyataan.

Fahmi dalam kenyataan sama mendesak agar mereka yang ditangkap itu segera dibebaskan.

“Najib perlu meminta maaf kepada mereka kerana apa yang mereka buat itu tidak salah malah hanya mengukuh dan mematangkan politik di Malaysia,” katanya.

Pagi tadi, 15 anggota AMK ditahan selepas berkumpul di depan Politeknik Seberang Perai di Bukit Mertajam, lapor Malaysiakini.

Mereka yang ditahan itu termasuk Ketua AMK negeri, Asrol Sani Abdul Razak Arol Sani dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai Ong Jing Cheng yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Asrol Sani semalam memberitahu Malaysiakini, tujuan flashmob itu bukan mahu mencari masalah dengan pihak berkuasa tetapi mereka hanya mahu membawa sepanduk ‘Bebaskan Anwar Segera’.

Ketika ini, kerusi parlimen Permatang Pauh disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden KEADILAN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70396

Posted by on Aug 17 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE