Fahmi: Calon Perdana Menteri Harapan masih dibincangkan

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil semalam mengumumkan bahawa KEADILAN berpendirian yang perbincangan mengenai calon perdana menteri Pakatan Harapan masih lagi diteruskan.

Menurutny, pendirian itu ditetapkan selepas pemukiman Harapan pada hujung minggu lalu ada membangkitkan mengenai perkara tersebut.

“Biro politik KEADILAN malam ini mengambil maklum dan membahaskan cadangan penamaan calon Perdana Menteri yang dikemukakan sewaktu pemukiman pimpinan Pakatan Harapan pada 1 hingga 2 Disember yang lalu.

“Memandangkan cadangan tersebut belum diangkat secara rasmi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, dan mengambil kira sejarah serta prinsip-prinsip perjuangan reformasi, maka Biro Politik KEADILAN mengambil keputusan meneruskan perbincangan berkenaan cadangan ini untuk memastikan ianya terbaik buat Malaysia,” kenyataan beliau yang dikeluarkan selepas mesyuarat Biro Politik semalam dipetik.

Laporan berita sebelum ini menyebut Presiden
Pakatan Harapan merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah merupakan calon timbalan perdana menteri Malaysia sekiranya Harapan menang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir pula disebut-sebut sebagai calon perdana menteri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70830

Posted by on Dec 6 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE