Fahmi Fadzil saman SKMM kerana kebocoran data pengguna

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil memfailkan saman sivil terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan sebuah syarikat keselamatan data yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kebocoran data maklumat peribadi 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi pada 2014.

Menurut Fahmi, saman ke atas SKMM dan syarikat Nuemera (M) Sdn Bhd itu difaikan untuk menuntut penjelasan mengenai punca kebocoran maklumat peribadi itu.

“Saya percaya kita semua mahu tahu bagaimana kecurian maklumat peribadi ini boleh terjadi. Saya juga percaya kita semua mahu tahu apakah langkah-langkah yang akan atau telah diambil pihak berkuasa untuk menyelamatkan keadaan.

“Saya berharap, melalui tindakan saman sivil ini, persoalan ini akan dapat dijawab, beberapa perkara mendapat pencerahan, dan langkah memperbaiki keadaan dapat diambil demi keadilan buat semua rakyat Malaysia,” katanya.

Peguam Syahredzan Johan yang mewakili Fahmi berkata saman itu difailkan kerana SKMM dan Nuemera gagal “menjaga maklumat rakyat Malaysia daripada kebocoran data.”

“Dalam proses perundangan ini, sudah pasti defendan akan mengatakan apa yang sudah mereka lakukan dan sebagainya, jadi kita mahu tahu butiran jelas apa yang sebenarnya berlaku, dan apa tindakan yang diambil untuk menangani masalah ini,” katanya pada sidang media isu itu, pagi ini.

“Fahmi telah mengambil langkah pertama, dan tiada apa yang boleh menghalang orang lain daripada melakukan perkara yang sama.

“Saman ini adalah mengenai sebelum, semasa dan selepas kebocoran tu berlaku..bagaimana mereka gagal untuk mengadakan sistem yang teratur bagi mengelakkan kebocoran sebegini daripada berlaku, dan mengapa pengguna tidak dimaklumkan perkara itu,” kata Syahredzan lagi.

Nuemera adalah kontraktor yang diamanahkan SKMM untuk mengendalikan sistem penyahaktifan telefon bimbit (PCBS).

PCBS dilancarkan SKMM pada Februari 2014 untuk menghalang telefon yang dicuri daripada membuat panggilan, menghantar teks atau mengakses internet, walaupun menggunakan kad SIM baharu.

Kebocoran maklumat terbesar yang pernah dilaporkan ini didedahkan Lowyat.net pada 19 Oktober 2017 apabila seorang pengguna yang tidak dikenali cuba untuk menjualnya di forum portal teknologi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71314

Posted by on Feb 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE