Fahmi gesa SKMM, PDRM siasat syarikat data mencurigakan

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa Putrajaya agar menyiasat syarikat penganalisis data Cambridge Analytica yang didakwa memberikan khidmat kepada parti politik Malaysia.

Menurut Fahmi, gesaan itu dibuat memandangkan syarikat itu dilaporkan terlibat dengan aktiviti politik yang mungkin melibatkan aktiviti jenayah seperti rasuah, penipuan dan perangkap seks.

“Memandangkan Cambridge Analytica didakwa menyalahguna data peribadi pengguna Facebook serta terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik yang mungkin mempunyai elemen jenayah, saya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuka siasatan terhadap kedua-dua entiti ini pada kadar segera,” kenyataan beliau dipetik.

Pemimpin KEADILAN itu turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan nama BN susulan pendedahan memeranjatkan ini.

“Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional perlu segera memberi penjelasan setakat mana Cambridge Analytica dan SCL Malaysia terlibat sebagai perunding politik bagi aktiviti politik parti pemerintah.

“Jika wujud sebarang kontrak di antara UMNO-BN dengan syarikat-syarikat ini, demi demokrasi dan kebaikan orang ramai, saya mohon Datuk Seri Najib untuk mendedahkannya,” katanya.

Cambridge Analytica adalah syarikat data yang mengaku bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam memenangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Media semalam melaporkan Channel 4 di UK merakamkan ketua pegawai data Cambridge Analytica, Alex Tayler sebagai berkata, syarikat itu menggunakan data yang dikumpulkan untuk memprofil orang ramai supaya mesej sasaran berhubung pilihan raya di Amerika Syarikat dan Afrika.

Syarikat itu turut mengaku menjalankan operasinya di Malaysia.

Pengarah Urusan Politik Global Cambridge Analytica, Mark Turnbull dilapor berkata, “Kami telah melakukannya di Mexico, kami telah melakukannya di Malaysia, dan kini kami bergerak ke Brazil.”

Ketua Eksekutif Cambridge Analytica, Alexander Nix juga dirakamkan mengakui menggunakan strategi ‘pasang perangkap’ seperti merakamkan video kakitangan memberi rasuah kepada ahli politik, atau menghantar gadis ke rumah mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71483

Posted by on Mar 20 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE