Fahmi hargai tindakan pantas DBKL cegah kemalangan

Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menghargai tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membina pembahagi jalan di Jalan Maarof, Bangsar bagi mencegah kemalangan dan kejadian tidak diingini buat pengguna jalan tersebut.

Pembahagi jalan itu dibina bagi mencegah pengguna kenderaan daripada Kompleks Mid Valley untuk membelok masuk ke Jalan Tandok dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Terima kasih team DBKL yang telah mengusahakan pembinaan sebuah pembahagi jalan yang menghalang pemandu dari arah Mid Valley ke Jalan Maarof daripada membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Tandok.

“Buat masa ini, penghadang berisi air digunakan, pembahagi konkrit akan disiapkan selepas Tahun Baru Cina.

“Di sinilah adik Athierah Batricesyia telah terbunuh pada 23 Januari lalu, apabila sebuah teksi dari arah Mid Valley telah membelok ke kiri dan melanggar motosikal yang dinaiki beliau.

“Semoga tiada lagi kejadian seperti itu,” kata Fahmi menerusi akaun Facebook beliau.

Athierah, 11 tahun membonceng motosikal bersama abangnya yang berusia 18 apabila sebuah teksi melanggar mereka selepas membuat pusingan-U haram untuk ke Jalan Tandok.

Abangnya mengalami luka dan calar pada bahagian kaki sementara pemandu teksi tersebut tiada kecederaan.

Fahmi yang melawat lokasi kemalangan pada hari kejadian sebelum ini menggesa DBKL agar mengkaji semula susur keluar dari Mid Valley ke Bangsar itu yang menurutnya membahayakan pengguna.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72885

Posted by on Feb 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE