Fahmi: Masuk Harapan bukan alasan tutup siasatan

Kemasukan anggota-anggota Parlimen BN ke dalam Pakatan Harapan bukan satu tiket untuk menutup siasatan apa-apa kes terhadap mereka, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, perkara itu diputuskan oleh Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini.

“Biro Politik KEADILAN sedar bahawa rakyat Malaysia telah membuat pilihan yang sangat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14, iaitu mengangkat agenda Reformasi dan menolak korupsi, salah guna kuasa dan kleptokrasi yang diamalkan rejim dahulu.

“Pada masa yang sama, Biro Politik KEADILAN faham keresahan rakyat terhadap berita kemasukan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mungkin dijadikan alasan untuk menutup siasatan atau kes, terutama yang melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan pemberian kontrak-kontrak termasuk kontrak pembelian senjata.

“Oleh itu, Biro Politik KEADILAN menegaskan bahawa kemasukan ke dalam Pakatan Harapan tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup siasatan atau kes terhadap mana-mana pihak,” kenyataannya dipetik.

Menurut Fahmi, ketetapan itu akan akan dibincang dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Majlis Presiden Harapan yang akan berlangsung pada Sabtu nanti.

Kenyataan itu dibuat selepas ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin mendakwa 40 orang anggota Parlimen Umno berhasrat menyertai Bersatu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72492

Posted by on Oct 31 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE