Fahmi senaraikan 7 akaun Twitter untuk Najib dan Rosmah saman

KUALA LUMPUR 19 JUN: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil hari ini menyenaraikan tujuh akaun Twitter dan laman web yang secara jelas cuba menamakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor PM dengan skandal 1MDB.

Menurut Fahmi, jika tulisan dalam akaun Twitter dan laman web berkenaan adalah fitnah, Rosmah perlu menghubungi para pengendali-pengendalinya untuk mendesak agar pembetulan dilakukan terhadap berita atau tweet mereka.

“Pada masa yang sama, saya terpanggil mengingatkan peguam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman Wall Street Journal yang sehingga hari ini beliau masih belum melakukan sedemikian,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Fahmi, tujuh akaun Twitter dan laman web itu ialah :

1. Twitter AJ+

2. Twitter Tom Wright (Wall Street Journal)

3. Twitter Reuters

4. Twitter Bradley Hope (Wall Street Journal)

5. Laman web The New York Times (US)

6. Laman web The Guardian (UK)

7. Laman web The Straits Times (Singapura)

Dua hari yang lalu, Rosmah mengarahkan peguamnya supaya memantau media sosial untuk mengenal pasti sebarang “serangan dan tuduhan palsu” terhadap beliau.

Menurut firma undang-undang Noor Hajran Mohd Noor, peguam mereka “memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat” terhadap anak guamnya itu.

Noor Hajran Mohd Noor berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, semua akaun Twitter dan laman-laman web berkenaan dikenali ramai di peringkat antarabanga, mempunyai pengaruh yang besar, dan diikuti oleh ramai orang

“Orang ramai yang membaca tulisan mereka berkemungkinan akan mempercayai bahawa tulisan-tulisan tersebut adalah berasaskan fakta dan adalah benar.

“Mungkin langkah yang lebih efektif ialah Peguam Negara menghantar delegasi untuk memberi kerjasama penuh dalam kes yang dibawa DOJ ini atau Peguam Negara membuka semula kes 1MDB dan membawanya ke mahkamah,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70128

Posted by on Jun 19 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE