‘Felda mungkin tak untung walaupun jual aset’

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bimbang Felda mungkin tidak akan untung jika menjual aset-aset miliknya.

Ia kerana rejim Umno BN yang mengisi pentadbiran Felda terdahulu membeli aset-aset itu pada harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Aset-aset itu dibeli pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Inilah isunya. Kalau pun kita mahu menjualnya, kita tak dapat nilai penuh aset-aset itu. Ini yang kami bimbangkan sekarang,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan kemungkinan aset-aset Felda di London, Sabah dan Sarawak akan dijual sebagai pelan pemulihan pengurangan beban hutang yang berjumlah RM8 bilion.

Menurut Azmin, kerajaan akan membentangkan satu kertas putih berkenaan Felda untuk membugarkan kembali institusi itu.

“Apa-apa pun, biar kami bentangkan kertas putih (dahulu) dan kami akan buat beberapa cadangan bagaimana kita akan bergerak ke hadapan,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72600

Posted by on Nov 21 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE