Fitnah II: Karpal mahu Shafee Abdullah didakwa hina mahkamah

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh mahu peguam selebriti, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa menghina mahkamah kerana campur tangan dalam perbicaraan Fitnah II.

Karpal menggesa Hakim Datuk Muhammad Zabidin Mohd Diah memberikan surat tunjuk sebab kepada Shafee untuk menjelaskan “serangan” terhadap Ketua Umum KEADILAN itu yang memilih untuk memberikan keterangan pembelaannya dari kandang saksi.

Karpal kini bertindak selaku ketua pasukan peguam yang membela Anwar yang difitnah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

“Jika apa yang diucapkan Anwar bersifat menghina mahkamah, ia sepatutnya diputuskan demikian di dalam mahkamah. Biar Hakim Zabidin yang memutuskannya. Tetapi, beliau tidak berbuat demikian.

“Siapa Muhammad Shafee ini untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim?” kata Karpal dalam kenyataan medianya.

Shafee yang merupakan seorang peguam yang penuh kontroversi dilaporkan mengarahkan Peguam Negara campur tangan dengan segera ke dalam proses perbicaraan dan mengheret Anwar atas tuduhan menghina mahkamah.

Karpal menyifatkan hujah Muhammad Shafee agar Peguam Negara masuk campur sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dan tidak logik.

“Ia sendiri (gesaan) itu bersifat menghina menghina mahkamah kerana ia menghina hakim,” kata Karpal yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Muhammad Shafee juga dikecam pengguna internet kerana dakwaan terhadap beliau yang dilaporkan mengganggu liputan berita kes itu dengan mengeluarkan arahan tertentu kepada editor akhbar media perdana dan juga wartawan.

Beliau dipetik akhbar milik Umno – Mingguan Malaysia semalam menyifatkan kenyataan pembelaan Anwar bersifat menghina mahkamah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19810

Posted by on Sep 5 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google