Fitnah II: NGO Islam ingatkan hukum qazaf

KUALA LUMPUR 20 Dis: Sebuah NGO Islam, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mengulangi semula tuntutan qazaf dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa kekeliruan yang dilakukan mantan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), prof Dato Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, berhubung tuduhan liwat dan Zina terhadap Anwar.

Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Abim termasuk sebagai Naib Presiden.

Manakala Dr Yusri Muhammad yang pernah memimpin ABIM sebagai Presiden, baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di UIAM dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail menegaskan kembali pendirian yang diambil dalam satu pernyataan bersama yang dibuat dengan Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dalam isu yang sama pada 27 Mac lalu.

Memetik ayat Al Quran yang menyebut tentang hukum qazaf- iaitu menuduh seseorang melakukan zina dan liwat- Wadah mengingatkan sikap dan pendirian berhubung isu itu perlu dibuat berlandaskan syariat.

Sambil menegaskan bahawa Wadah menolak pertuduhan liwat dan zina terhadap Anwar dan menganggapnya sebagai ‘gejala fasik’,  NGO itu juga menasihati mereka yang terlibat dalam jenayah qazaf supaya insaf dan merujuk kembali kepada amaran Allah.

“Sehubungan dengan ini juga, Wadah ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH),” tegas beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24556

Posted by on Dec 20 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE