Pakar: Anwar alami masalah sakit belakang

 

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak permohonan mengenepikan sepina oleh Perdana Menteri dan isterinya supaya hadir menjadi saksi perbicaraan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu dengan menyatakan kedua mereka tidak relevan sebagai saksi dalam kes berkenaan.

Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan  Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuat menerusi peguam mereka dengan mendapat sokongan penuh pihak pendakwaraya.

Bagaimanapun peguam yang diketuai Karpal Singh membantah permohonan itu dengan menegaskan bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berjumpa Najib, empat hari  sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008.

Selepas hakim membuat keputusan, pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela. Beliau dijangka akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar.

Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini:

9.29: Galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan.

9.35 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permohonan Najib dan isteri dibenarkan mahkamah.

9.44 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Fitnah II. Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah.

9.45 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi.

9.46 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.

Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.

9.54 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah.

Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

9.57 pagi: Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.

10.17 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.

Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

10.19 pagi: Saksi kata dia menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberi Anwar satu salinan laporan itu atas permintaan beliau.

10.21 pagi: Hoogland berkata Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang menjejaskan kaki  dan tangan pesakit

“Secara khususnya pada kaki kiri, berikutan masalah lama pada  leher .”

Katanya beliau telah bertemu Anwar pada 4 Sept, 2004  ketika Anwar mengadu di pukul dalam tahanan polis enam tahun sebelum itu.

10.30 pagi: Saksi memberitahu Anwar mempunyai masalah untuk membongkok ke hadapan.

10.36 pagi: Hoogland berkata Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September sehingga 27 September, 2004.

10.43 pagi: Hoogland memberitahu Anwar merasa sakit di bahagian kiri belakang.

10.43am: Hoogland ditanya samada masalah akan berulang dan  menjawab kadar berulang-ulang ialah 5 hingga 20 peratus.

“Untuk sclerosis, ia 15 peratus.”

10.47 pagi: Hoogland kata kemerosotan tulang belakang bukan proses semula jadi, tetapi merupakan perkara biasa.

10.50 pagi: Laporan perubatan Hoogland ditanda sebagai bukti. Hoogland menerangkan pembedahan  ke atas Anwar pada 6 Sept, 2004.

10.56 pagi: Laporan pembedahan Hoogland ditanda sebagai bukti.

11.02 pagi: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit

11.44 pagi: Mahkamah kembali bersidang.

11.46: Hoogland kata tiga bulan selepas pembedahan itu, Anwar pergi lagi ke kliniknya di Munich pada Februari 2005.

Saksi itu berkata pada 7 Feb, dia melakukan pemeriksaan dan mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.

11.50 pagi: Beliau  berkata terdapat kemajuan ketara pada Anwar sebelum pembedahan, tetapi  tidak banyak perubahan selepas Anwar dibenarkan keluar dari hospital itu pada 24 Sept, 2004.

“Otot belakang penting mengawal gerakan belakang.”  katanya.

11.55 pagi: Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).

Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.

Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.

Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami ‘spinal stenosis’.

(Spinal Stenosis ialah satu penyempitan luar biasa tulang belakang yang boleh berlaku dalam mana-mana daripada kawasan-kawasan tulang belakang. Sakit ini juga akan menyebabkan sakit belakang yang menjalar turun ke kaki.  Sakit akan bertambah kuat jika pesakit berjalan hingga terpaksa berhenti rehat).

11.58 pagi: Hoogland berkata dia menasihati Anwar bergerak dengan perlahan kerana ia boleh menyebabkan kesakitan teruk dan kecederaan terhadap cakera tulang belakangnya.

“Bila anda  bregerak terlalu cepat, ia akan mengakibatkan lebih banyak geseran dan mengakibatkan lebih banyak athritis (pada sendi).

“Anwar mempunyai athritis teruk,” katanya.

12.01 tengahari:  Hoogland berkata kali terakhir dia memeriksa Anwar pada 8 September 2011. Anwar mengalami  athritis dan spinal stenosis.

Pakar itu berkata Anwar mempunyai keupayaan terhad pada belakangnya, kebas pada bahagian kiri dan kaki.

12.05 tengahari: Terdapat kesakitan  pada sebelah kiri dan kaki kiri. Saksi kata Anwar mempunyai kelemahan pada kaki kirinya.

12.10 tengahari: Doktor itu berkata terdapat beberapa had gerakan belakang Anwar  yang apabila dibongkokkan kepada 10 darjah ia akan merasa sakit.

12.16 tengahari: Hoogland memberi keterangan yang Anwar mempunyai masalah di leher.

12.20 tengahari: Dia juga menyebut terdapat masalah sendi (athritis) dan stenosis serius pada leher Anwar.

12.24 tengahari: Sankara bertanya samada seseorang boleh melakukan kegiatan dengan menggunakan pinggul. Dr Hoogland berkata ia akan merasakan kesakitan.

12.26 tengahari: Dr Hoogland menjelaskan kepada mahkamah imbasan sinar-X tulang belakang Anwar.

Saksi itu juga menunjukkan pinggul dan bahagian sebelah kiri lebih besar  daripada sepatutnya.

12.57 tengahari: Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula jam 230 petang.

 

 

 

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21417

Posted by on Oct 6 2011. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE